Bina "BAITUL HAMDI" di Syurga..



                         BAITUL HAMDI

        Apa itu "Baitul Hamdi"?? "Baitu Hamdi" itu adalah nama istana bagi orang yang apabila mendapat musibah lalu dia mengatakan ALHAMDULILLAH.. Biasanya orang mendapat musibah dia akan mengatakan INNALILLAH tapi org yang mengatakan ALHAMDULILLAH ketika menerima musibah Allah telah bangunkan sebuah istana di Syurga untuknya yang bernama "Baitul Hamdi".. 

         Alhamdulillah bukan untuk mensyukuri akan musibah tersebut.. Salah satu contoh musibahnya kematian,, ini adalah salah satu musibah/ujian yang besar tetapi sesiapa yang mengatakan Alhamdulillah,, "Baitul Hamdi" sedang menunggunya di syurga.. Alhamdulillah bukan untuk mensyukuri musibah tersebut tetapi untuk mensyukuri nikmat yang akan datang selepas daripada musibah tersebut.. Itu ialah balasan sejauh mana yakinnya seseorang itu akan kebesaran Allah.. Seperti mana kita yakin,, orang yang tidak pandai berenang akan lemas dan benda yang berjisim akan jatuh apabila dilontarkan.. Begitulah keyakinan yang perlu ada dalam diri kita berkenaan dengan firman Allah "Setiap kesedihan akan ada kegembiraan selepasnya".. Jika begitulah tahap yakinnya dengan ayat ini "Baitul Hamdi" yang akan menantinya.. 

          Ada sebuah kisah yang menceritakan tentang hal ini.. Iaitu apabila seorang bapa yang telah kehilangan anaknya.. Lalu Allah bertanyakan kepada malaikat apa yang telah terjadi kepada orang tersebut.. Lalu malaikat menjawab ada seorang bapa telah kehilangan anak kesayangannya.. Dan Allah bertanya apa yang dilakukan oleh seorang lelaki tersebut,, lalu malaikat menjawab dia telah mengatakan Alhamdulillah.. Terus Allah firman "Aku telah menyadiakan istana untuknya di syurga yang bernama BAITUL HAMDI.." Begitu yakinnya lelaki tersebut dengan nikmat yang akan dia terima walaupun dia masih belum menerimanya.. Belum rasai nikmat itu tapi sudah mengatakan Alhamdulillah kerana yakinnya dia akan menerima nikmat selepas musibah tersebut.. 

         Jadi kesimpulannya ni,, yakin dengan nikmat yang akan kita terima selepas apa-apa musibah yang kita lalui.. Jangan terus bersedih dengan musibah yang dilalui.. Set mind tu betul-betul yang mustahil tiada nikmat selepas musibah yang kita lalui.. Nikmat itu pasti dan jika masih tiada di dunia pasti akan ada di akhirat.. Dan percayalah yang ujian dengan kesusahan atau kesakitan lebih mudah berbanding ujian dengan kesenangan dan kemewahan.. Jangan terlalu "cemburu" dengan kemewahan yang orang lain miliki walaupun kurang imannya kepada Allah kerana itu hanyalah ujian.. "ISTIDRAJ".. 



Twitter- @aqilfikry8
Instagram- @_muhammad.af / @themuhammads_
FaceBook- @Mr.AqilFikry / Muhammad Aqil Fikry (follow only)


Comments

Post a Comment

Popular Posts