Move On

Macam mana caranya nak move on?? It's small matter.. Islam ni menyeluruh.. Nak apa-ii semua ada.. Semua telah diberi panduan.. Macam mana caranya??...

            Ada doa yang terkenal daripada Ummu Salamah,, iaitu "Ya Allah,, berikanlah aku pahala untuk ujian ini dan gantikan yang lebih baik darinya.." Kan sesuai dengan masalah move on.. Yakin je dengan Allah akan digantikan dgn yang lebih baik,, 100% jika keyakinan itu hanya untuk Allah pasti akan dimakbulkan.. Jadi kenapa perlu bersedih??

           Jika perhubungan itu sedang ada masalah,, bererti ianya akan digantikan dengan yang lebih baik.. Siapa yang lebih baik itu??.... Dia ialah orang yang mahu menjadi pasangan kita yang halal dan yang telah diakad dengan baiat cinta "Aku terima nikahnya"..

           Allah memberikan cinta MAWADDAH dan RAHMAH setelah akad nikah itu dilafazkan bukan sebelum nikah.. Jadi,, kalau ada yang cakap cinta sebelum nikah,, itu bukannya cinta daripada Allah.. Tapi jika dikatakan "I love you" selepas nikah pasti cinta itu adalah daripada Allah Taala..

          Yakin je dengan Allah.. Allah maha berkuasa.. Macam-ii keajaiban yang boleh dia lakukan.. Ada sahabat baginda Rasul SAW pernah bertanya kepada baginda "Yaa Rasullah,, anakku telah diculik oleh orang-ii musyrikin dan mereka hendak menebus anakku itu dengan 100 dinar.. Aku tidak mampu Yaa Rasulullah,, tolonglah aku.." Jadi Rasul pun menjawab "kamu pulang dan banyakkan zikir laa haula walaa kuwwata illaa billah.." Maka sahabatnya pulang dengan rasa gembira.. Setelah dia pulang,, istrinya bertanya "apa yang Rasulullah berkata??".. Suaminya ceritakan kepadanya.. Jadi mereka tidak pernah berputus asa untuk berzikir laa haula walaa kuwwata illaa billah dengan penuh rasa yakin kepada Allah tanpa ada keraguan.. Dan keajaiban telah berlaku,, anaknya telah terlepas pada hari terakhir untuk menebusnya.. Jika tidak,, anak tersebut akan dibunuh oleh penculik itu..

          Jadi belajarlah untuk yakin kepada Allah.. Kerapkan berdoa in syaa Allah hati akan tenang.. Usaha dapatkan cinta Allah sebelum manusia.. Kan ajaib doa tu,, dengan kalimah laa haula walaa kuwwata illaa billah boleh ubah banyak perkara dan dengan kalimah itu kita boleh dapatkan harta karun di syurga.. In Syaa Allah.. Amalkan yee.. Semoga berhasil.. Sekiannn

Twitter-@aqilfikry8
Instagram-@_muhammad.af / @themuhammads_
FaceBook_@Mr.AqilFikry

Comments

Popular Posts